biscuit53's Weblog

June 5, 2008

Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?

Filed under: ujian — Tags: — gingerbread53 @ 10:43 am

Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?

Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.

Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?

(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian

Ujian Personaliti

Filed under: ujian — Tags: — gingerbread53 @ 10:32 am

UJIAN PERSONALITI

(1) Warna kegemaran anda ?
Nyatakan 3 perkataan untuk menghuraikan pilihan anda

(2)Sekiranya anda boleh menjadi sejenis haiwan, apakah haiwan itu?
Nyatakan 3 perkataan untuk menjelaskan pilihan anda

(3)Bayangkan suatu air terjun. Nyatakan 3 perkataan untuk menerangkan perasaan anda.

(4)Imaginasikan warna putih. Nyatakan 3 perkataan untuk menyatakan perasaan anda

Jawapannya ??????

(1)Huraian anda tentang warna kegemaran anda adalah pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

(2) Huraian anda tentang apa yang anda ingin jadi sebagai binatang adalah pandangan org tentang anda.

(3) pandangan anda tentang air terjun adalah pandangan anda tentang seks.

(4) pandangan anda tentang warna putih adalah cara anda melihat suatu kematian.

Ujian Psikologi

Filed under: ujian — Tags: — gingerbread53 @ 10:30 am

Ujian Psikologi

Suatu hari anda di rumah, berlaku 5 perkara serentak yang perlu anda ambil perhatian iaitu:

1.Telefon berbunyi
2.Bayi anda tiba-tiba menangis
3.Seseorang mengetuk pintu rumah/loceng rumah anda berbunyi
4.Tiba-tiba hujan hendak turun dengan lebat dan ada baju kering di ampaian
5.Air yang anda tadah di dapur melimpah

Susunkan apa yang anda akan buat dahulu mengikut turutan.

Ok dah susun?

Selepas anda buat keputusan, anda boleh lihat jawapan di bawah. Setiap keputusan menunjukkan kepentingan kita dalam kehidupan.

1.telefon simbolik kepada kerja/kerjaya anda
2.bayi simbolik kepada keluarga anda
3.orang yang datang ke rumah simbolik kepada kawan-kawan
4.baju-baju simbolik kepada kehidupan seksual
5.air melimpah simbolik kepada duit/harta benda/kekayaan

Adakah ujian ini sama dengan kepentingan anda dalam kehidupan?? Fikir-fikirlah sendiri….

Blog at WordPress.com.