biscuit53's Weblog

June 8, 2008

Minta Izin Nikah Seorang Lagi…

Filed under: cerpen — Tags: — gingerbread53 @ 1:14 pm

Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,”

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah Apabila dia berdepan dengan Aliyah. “Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan Seseorang yang mampu memimpin Qis,”

masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai olat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?”

Pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,”

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.

Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang,”

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

————-
Kepada:

Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…

2.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang… Abang yang disayangi, Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abang…Aliyah sayangkan Abang… Tetapi jika Abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang.

Tetapi, jika Abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
—————-

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

dikongsikan cerita ini dari blog megasutra.com
boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang dah kawin….

Kalau Tak Suka Pulangkan

Filed under: cerpen — Tags: — gingerbread53 @ 12:55 pm

****

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

” Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-
“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila .

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana Tengok masa kat Legacy dulu tu&”

“Masa tu Amirul kecik lagi..” Balas Laila. Wajahnya s ayu . Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-
“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

” Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

” Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .” “Adik pun sama.. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur.. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya.. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

” Pak Ngah , Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. “Laila”

—————————————————————————————————-
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. ” Wan gi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” ” Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai , tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. “Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…………….

Deraian Cinta

Filed under: cerpen — Tags: — gingerbread53 @ 12:32 pm

Titis-titis air hujan bersatu dengan manik airmata yang kian lebat. Tak tahu mengapa dan apa yang membuatkan dirinya menangis. Yang pasti, saban hari dirinya meratapi. Walhal, dia tahu apa yang terjadi tak mungkin dapat diulangi. Mungkin dahulu dia sudah terlalu bosan membelek novel cinta. Sama ada suka ataupun duka pada akhirnya. Tapi, bila terkena batang hidung sendiri, betapa hancurnya perasaan. Bayu memberhembus membawa sama memori semalam.

Resah memikirkan kehendak ibunya. Zul berjalan mengelilingi taman mini belakang rumah. Mati aku. Kalau iyapun tunggulah panas sikit kerusi Pengurus Besar tu aku duduk. Ni tidak, apa entah yang digesakan sangat ibu.

Majlis pertunangannya akan diadakan lebih kurang seminggu lagi. Bakal tunangannya adalah pilihan pertama ibunya. Perfect sangat ke perempuan tu agaknya, sampaikan ibu kata pilihan pertama dan terakhir. Malas mempersoalkannya lagi. Andai ini satu suratan…

Nadzirah Anisa kelihatan begitu ayu dengan baju kurung Johor polos warna peach. Ramai yang memuji kecantikannya. Padan sungguh jika digandingkan dengan Zulhairy Adham.

Datin Rohana, ibu Zulhairy menyarungkan cincin pertunangan di jari Nadzirah. Dalam satu keadaan yang begitu memaksa, dia terpaksa senyum ke arah para tetamu yang hadir.

Selesai upacara, Nadzirah lekas-lekas menukar pakaian dan mengelap mekapnya yang tercalit di wajahnya.

“Hai, tak dapatlah tengok engkau pakai make-up lama-lama, ya,” giat Nini yang masih belum pulang.

“Rimaslah, Cik Nini oiii… Sabar ajelah kau ni,” ujar Nadz sambil mengelap saki baki pewarna pada matanya.

“Okeylah, jangan lupa kad jemputan kahwin nanti,” sengaja Nini mengusiknya lagi. Nadz malas melayan. Dibiarkan sahaja Nini berlalu. Makin dilayan makin menjadi. Nadz termangu seorang diri.

Apa pula yang bakal ditempuhinya selepas ini? Berharap dan terus berharap agar segala impian menjadi nyata walaupun sedar, harapannya bagai mencurah air di tanah tandus. Kering sepanjang musim.

Ukiran indah kad itu dipandangnya.

Nadzirah Anisa Zulhairy Adham

Ada lambang hati di antara keduanya. Apa maknanya? Tiada. Perkahwinan yang dibina nanti adalah berdasarkan satu paksaan semata.

Tawar… hambar…

Majlis perkahwinan Nadz dan Zul disambut penuh kemeriahan. Maklumlah, telah tercipta satu hubungan antara mereka yang sekadar mengikat hubungan kekeluargaan. Nadz dan Zul setia memberikan senyuman seadanya pada kamera. Keduanya bersikap sporting ketika beraksi depan kamera.

Selepas selesai, mereka bertungkus lumus mengemas rumah.

“Nadz nak kemas sikit bilik tu, la mama. Bersepah sangat, ” ujar Nadz, manja.

“Hm… yalah, suruh Zul tolong sekali,”

“Takpelah mama, Nadz boleh buat sendiri,” cepat sahaja dia berlalu dari situ. Lepas kemas hadiah, bolehlah rehat-rehat sikit, rancang Nadz.

Ketika mengangkat sebuah hadiah yang agak berat, Nadz sememangnya tak perasan kehadiran Zul. Begitu juga sebaliknya.

Prang…

Bunyi itu yang pasti kedengaran setelah keduanya berlanggar.

” AAduhh…. sakitnya mama!!!” jerit Nadzz.

“Oh my God! I’m really sorry.Tak perasan,” riak muka Zul tampak cemas.Dia cuba membantu.

” Ah, takpe…takpe. Saya still boleh jalan lagi,” keras Nadz. Baru dia cuba hendak bangun, tubuhnya rasa tak seimbang. Pantas Zul menyambut. Tiada suara keluar. Mama sibuk mencari kotak First Aid.

Bahasa mata banyak memainkan peranan. Jangan ingat kau dah selamatkan aku, aku terhutang budi kat kau! Harap kau dapat terima aku seadanya dan aku harap hubungan kita berkekalan, Nadz ! Dua hati berbicara sendiri.

Senyuman & tawamu mengusik kalbuku!

Kenapa Nini kata aku terlalu ego kerana tak mahu menerima Zul? Biarlah dia. Aku punya sebab yang tersendiri. Desis Nadz. Perkahwinan yang terjalin selama sebulan itu tak menunjukkan apa-apa perubahan positif. Hari ini Zul cuba memancing minatnya dengan mengajaknya pergi ke Cameron Highlands.

Mahu tak mahu, Nadz turuti juga kehendak Zul. Bas yang mereka naiki tiba pada pukul 11 malam dan bertolak kira-kira pukul 11.30 malam.

Sepanjang perjalanan, tiada apa yang mereka bualkan. Sekali-sekala, menjeling antara satu sama lain.Lama-lama berada dalam bas itu membuatkan Nadzz rasa sejuk yang teramat. Dia menggosokkan kedua belah tangannya.

“Sejuk?” tanya Zul penuh prihatin. Anggukan sahaja jawapannya. Lantas, tangan Zul melingkari tubuh Nadz. Dibiarkan sahaja. Beberapa ketika, mereka berhenti di hadapan sebuah traffic light. Kelihatan beberapa kutu rayap melambaikan tangan pada Nadz. Nadz tersenyum sambil melambai mereka kembali.

“Hm… layan juga awak orang macam tu,” bisik Zul pada telinga Nadzz.

“Em… bukan mereka kenalpun,” nak tak nak sahaja jawapannya.

Sepi terus mencengkam hingga bas berhenti di perhentian Tapah, perhentian terakhir mereka sebelum bas mendaki Tanah Tinggi Cameron.

“Saya nak pegi tandas. Tumpang lalu,” ujar Nadz.

” Jom la, ” Zul menarik tangan Nadz.

Mereka berpisah di simpang yang memisahkan tandas lelaki dan perempuan.

Selepas itu, mereka bertemu kembali.

“Jom gi beli makanan dan air sket,” ajak Zul.

” Hm… jomlah,” Nadz mengikuti langkah Zul ke kedai berdekatan.

“Pilihlah apa yang awak nak,” Zul terus menuju ke fridge dalam kedai itu.

Nadz pula sibuk membeli coklat dan snek tak lupa juga asam untuk menghilangkan rasa pening dan mabuk perjalanan. Zul membayar semua barang yang mereka beli setelah bergaduh kecil dengan Nadz.

Nadz menaiki bas semula dengan wajah yang agak mencuka. Zul tetap tenang menghadapi kerenah Nadz yang degil.

” Hm… chocolate sesuai meredakan marah seseorang,” ujar Zul separuh berbisik sambil membuka bungkusan coklat Cadbury. Disuakan coklat itu ke mulut Nadz. Nadz berpaling.

“Tak ada apalah, tak mabuk punya kalau makan coklat nie. Kalau selalu marah-marah, boleh kena serangan jantung tau. Tak elok tu. Muka pun nampak cam tak bermaya aje,” nasihat Zul.

Nadz senyum Entah apa-apa aje lelaki nie lah. Zul ceria kerana dapat melihat senyuman Nadz buat pertama kali dalam hidupnya. Coklat itu dipatahkan dan disuapkan untuk Nadz. Nadz membuka mulutnya perlahan dan mengunyah coklat itu sambil tersenyum memandang suaminya. Bas bertolak kemudiannya.

Nadz tak sedar bila dia tertidur dan terlentok di bahu Zul. Sedar-sedar dia terhantuk kepala Zul dan bas yang mereka naiki bergerak ke kiri dan ke kanan.Nadz ngeri melihat cerun bukit itu. Mesti sebelum ni, dah ada orang mati jatuh gaung. Hei… minta dijauhkan. Tanpa sedar, dia memaut kuat lengan Zul.

Zul kasihan melihat Nadz yang mesih lena. Diangkat tubuh isterinya masuk ke dalam apartmen sewaan mereka. Selepas itu, Zul memindahkan pula barang-barang mereka. Nadz yang tersedar kemudiannya kasihan melihat suaminya yang terlena di sofa panjang. Kesejukan yang mengejutkannya benar-benar meresap dalam seluruh urat saraf. Dikejutnya Zul yang terlena.

“Awak, bangun. Sejuk kat sini. Bilik tu ada selimut tebal,” Zul bangun sambil memisat-misat matanya.

“Jomlah. Bas tu bertolak pukul 2 petangkan?” ujar Zul lalu menarik Nadz sama.

“Sedap tak ? Selimut nie tebal betul,” Zul memeluk Nadz di sebelahnya. Nadz menggeliat kecil lalu tersenyum.

“Saya ingat saya dah tak dapat terima awak lagi. Tak sangka awak sebaik dan semulia nie,” Nadz mengeratkan pelukannya, merasai kehangatan yang mulai meresapi tubuhnya. Sayangnya, Zul sudah belayar terlebih dahulu ke lautan mimpi. Alangkah indahnya jika Zul mendengar butir bicara Nadz seterusnya.

Musim sejuk, London.

Zul menikmati sepenuhnya panorama indah kota London. Kota tempat dia membawa suka dukanya kehilangan kepercayaan seluruh ahli keluarganya termasuk isterinya yang amat dicintai.

Mengakui sesuatu yang tidak dilakukannya adalah sesuatu yang mustahil. Apatah lagi dituduh merosakkan anak dara orang. Kasihan Nadzirah. Rindukah dia di sana sepertimana aku merinduinya?

Deritakah dia di sana? Sihatkah ? Gembirakah ? Tiada jawapannya.

Musim bunga, Jepun.

Nadz termangu sendiri melayan perasaan. Tak terduga olehnya Zul sanggup mengakui satu kenyataan yang hakikatnya palsu semata! Tahukah dia betapa aku cinta dan rindu padanya ? Terseksa batin tatkala mengakui yang Zul berlaku khianat padanya. Perut yang kini berisi janin cantuman kasihnya dengan Zulhairy diusap perlahan.

Ummi pasti papa akan ketemu kita juga satu hari nanti,sayang. Sabar,ya.

Cameron Highlands, musim panas.

Zul berehat-rehat dibangku tempat dia dan Nadz meluahkan rasa hati masing-masing. Terasa bagai semalam terdengar suara halus Nadz membisikkan kata cinta. Serentak itu, dia menjerit kuat nama Nadzirah, permaisuri hatinya.

Nadz yang memerhati sejak tadi turut melaungkan nama Zulhairy. Tak tersangka mereka akan bertemu dalam waktu itu.

“Zul, maafkan Nadz sebab tuduh Zul yang bukan-bukan,” lirih suara Nadz pada pendengaran Zul.

“Nadz tak pernah buat salah apa-apa, sayang. Zul yang bersalah. Biarkan Nadz dan baby kita sendiri. Zul rasa berdosa sangat. Maafkan papa ya, sayang,” luah Zul sambil mengusap perut Nadz yang kian memboyot.Zul terus berlalu meninggalkannya. Membawa semua caci maki manusia sekembalinya dari London. Terus menyepi.

EPILOG YANG BERTERBANGAN…

Tangisan bayi lelaki bernama Zul Elmy Hariz mematikan lamunan. Bayi itu didodoi penuh kasih. Peristiwa 6 bulan lalu sudah lama menjadi sejarah. Tapi, harapannya pada Zul tetap mekar dan hidup selagi ada nafas anaknya.

Tiba-tiba, pintu apartmen diketuk orang. Nadz membukanya perlahan. Betapa terkejutnya dia melihat lelaki yang berada dihadapannya.

Lelaki yang menanggung segala tohmahan dan fitnah teman. Lelaki yang memiliki cinta dan rindu Nadzirah. Lelaki yang menjadi bapa kepada Zul Elmy Hariz. Harapannya terlaksana dalam igauan 4 musim. Sebuah deraian cinta yang terhalang bercantum kembali .

Nadzirah Anisa & Zulhairy Adham bahagia akhirnya…

June 6, 2008

Cerpen Invisible Love

Filed under: cerpen — Tags: — gingerbread53 @ 5:13 am

**Cerpen ini takde kaitan dengan sape2 samada secara langsung atau tak langsung**

“Sewaktu kaki ini melangkah menuju ke muara terlihat sebutir permata yang menyuluh cahayanya ke arah ku aku kabur… aku bertemu sebutir permata… ku ingin untuk menjadikan ia milik ku, permata itu telah menyentuh jiwa ini, akan tetapi, kenapa pelbagai halangan yang menghalang untuk aku menggapainya dan meletakkannya di genggaman…tolonglah aku Ya Tuhan…”

Lama Daniel menyentuh dahinya, bersujud di tikar sembahyang. Bila hati mengadap Tuhan, baru dia sedar banyak kelemahan, terasa kerdil dirinya ketika itu. Tiada yang lebih mendamaikan hati melainkan dapat bertemu dengan yang Maha Pencipta. Selesai solatnya, di lihat jam yang tergantung di dinding, hampir menunjukkan pukul dua pagi, namun matanya seakan enggan untuk di lelapkan. “Mungkin dah lena Farah waktu-waktu macam ni…” Daniel berkira-kira sendiri, hatinya berniat mahu menghantar sms, tapi apalah guna kalau tidak berbalas, dia cuma mahu seorang teman, teman untuk berbual sebelum dia betul-betul dapat melelapkan mata, ada rindu di situ sebenarnya…

Farah berulang kali membaca sms di skrin telefon bimbit miliknya, perasaannya sedikit celaru. Dia tahu, selama dua tahun ni dia amat rapat berhubung dengan Daniel, itu pun gara-gara aktiviti kolej yang terpaksa dijalankan bersama beberapa semester yang lalu, kalau tidak, dia hanya melihat Daniel dari kejauhan dan langsung tidak terlintas di benaknya perhubungan sahabat akan terjalin antara keduanya sekalipun mereka tidak sama jurusan tetapi hanya sama fakulti, Maha Agung kuasa Allah yang merancang setiap kejadian di atas muka bumi ini. Tetapi, perhubungan ini membuatkan Farah sedikit bimbang..sedikit takut..Daniel bukan seperti sahabat yang di jangkakannya…

“Farah…tengah hari nanti aku dengan Akma nak lunch kat foodcourt, kau nak ikut?” Suraya mengajaknya selepas kelas Mikropemproses petang itu, perutnya juga dah berbunyi minta diisikan, tetapi dia perlu segera membuat research untuk assignment Puan Saadah, tapi apalah salahnya mengambil masa 15 minit untuk makan… Farah tersenyum dan mengangguk tanda setuju untuk mengikut keduanya. Mereka mengambil tempat yang sedikit lapang untuk menjamu selera tengah hari itu, maklumlah waktu lunch beginilah ada yang berasak untuk beratur, perut tengah lapar katakan, tempat pula kadangkala terhad, kalau terlambat, hendak tak hendak kena juga bersesak untuk makan. “Eh Farah..itu macam Daniel aje, kita ajak dia makan sama lah…nak? Erm tapikan..” Mata Farah mengarah ke arah yang dilihat Akma dan Suraya, tetapi Nurul Hanna yang berada di samping Daniel terlebih dahulu menyapa pandangannya. Serentak dengan itu juga Akma dan Suraya memandangnya, Farah hanya tersenyum dan menunduk, dia memahami pandangan kedua sahabatnya itu. “Aku kena buat research kat library pulak kejap lagi ni, kalau korang lambat-lambat makan, tergendala la kerja aku.” Farah mengubah topik supaya tiada lagi perkara tentang Daniel yang perlu dia bualkan tengah hari itu…sebenarnya, itulah yang dibimbanginya selama ini, Nurul Hanna…Nurul Hanna pernah menjadi sahabat nya dulu, namun kini Farah menjauhkan dirinya dari Nurul Hanna. Nurul Hanna dan Daniel classmate dan mereka bersahabat baik…

“Assalamualaikum Farah…” Sapaan lembut suara Daniel terdengar di telinganya, Farah mendongak sedikit wajahnya dan mata mereka bertentang. Daniel tersenyum, ramah, tidak susah untuk menjejaki Farah, sudah lama dia tidak melihat alis mata yang menyejukkan pandangannya itu. Daniel menggumam sendirian. “Maaf kalau aku mengganggu, tadi aku terserempak dengan Akma, dia yang bagitahu aku kau ada kat sini.” Daniel menarik kerusi berhadapan Farah tanpa di pelawa terlebih dahulu, dia membuka buku dan meneruskan kerjanya. Farah leka memerhati segala perlakuan Daniel, bersahaja… “Mengapa lelaki ini kerap mengikut aku sejak akhir-akhir ni…” terdetik persoalan dihatinya. “Kiranya ada sesiapa yang tahu, kiranya…Hanna yang tahu…” lebih banyak persoalan di benaknya tika Daniel ada bersama, bukan dia tidak menyukai kehadiran Daniel, bahkan lelaki itulah yang kini hampir mendapat tempat dihatinya. “Daniel..maaf, aku nak pulangkan buku ni di kaunter kat depan kejap…” Farah mengunjukkan buku ditangannya. Mengelak..hanya itu yang terlintas difikirannya..

Daniel mengetuk hujung pen ke meja, apa yang dia study langsung tidak melekat di otaknya, hampir dua jam dia menunggu Farah di library tengah hari tadi, “Katanya hendak pulangkan buku, waktu aku lalu di kaunter tadi takde nampak pulak batang hidung dia, tak sudikah Farah? Atau aku yang keterlaluan?”. “Astaghfirullah…” terdengar keluhan dibibir.

Nurul Hanna ternampak seseorang yang amat dikenalinya dalam library itu. Kaki nya menapak ke arah meja study yang terletak di sebalik rak buku..”Mengeluh nampak kawan kita ni, masalah negara ke Daniel?” Nurul Hanna menyedari tingkah Daniel, dia tahu apa yang bermain di fikiran sahabat yang seorang itu, mesti mengenai seseorang. “Farah?” Daniel mengangguk. “Aku tak kisah kiranya kau mahu luahkan perasaan kau pada Farah…tapi,kau pun tahu Farah asyik mengelak je dari kau. Aku rasa elok kau cuba mengenali diri Farah dengan lebih dekat dulu..jika kau sudah yakin, barulah kau luahkan perasaan kau itu..” Daniel menutup buku di meja, keinginannya untuk study sudah hilang. “Aku tak tahu la Hanna, aku tak tahu kenapa dia cuba jauhkan diri dari aku,,,usah kan nak berkawan, nak study sama-sama macam ni pun tak dapat..asyik nak lari je..tapi, hati aku ni makin dekat dengan Farah, aku cuba buat bodoh kalau ternampak Farah, tapi demi Allah, aku rasa seperti tidak mahu jauhkan pandangan dari melihatnya. Aku ikhlas sukakan Farah, Hanna..” Daniel menunduk, dia kalah dengan perasaan sendiri.

Laju kaki Farah menapak menyusuri Dewan Kuliah 5, apa yang didengarinya sebentar tadi dari mulut Badrul, teman sebilik Daniel itu hampir membuatkan langkahnya tersungkur. “Daniel suka kan aku? Daniel menyimpan perasaan pada aku?..Tapi baru sebentar tadi aku terserempak dengan Hanna dan Daniel berjalan beriringan…Hanna, wajahnya yang lembut itu…hm..aku tahu tentang mereka berdua..”

“Terasa berpinar mata Farah dek terik panas matahari tengah hari itu, perutnya pula belum terisi, gara-gara berkeras untuk menyiapkan kerja terlebih dahulu. Langkahnya semakin lemah, tubuhnya terdorong ke depan menyebabkan buku yang dikendongnya bertaburan di jalan. Farah terduduk. “Farah, kau tak apa-apa..?” Lengan Farah diampu seseorang dan dilihat ada jari-jemari kecil mengutip buku-bukunya, dia dipapah ke tempat duduk pondok berhampiran. Farah melihat wajah lembut itu, seraya wajah itu tersenyum. “Aku rasa kau belum makan apa-apa lagi, muka kau pun pucat semacam aje..nak aku belikan makanan..?” Tanpa disuruh, Nurul Hanna menuju ke foodcourt untuk membeli makanan. Farah hanya memerhati, kudratnya betul-betul seperti kehabisan, perutnya kadangkala diselangi bunyi, lapar… “Nah, makanlah, ade karipap dengan kuih lapis, kuih kat foodcourt tu sedap…” Nurul Hanna menghulurkan seplastik kuih dan air kepada Farah. “Terima kasih, Hanna. Hmm…kau sihat?” Wajah yang tidak pernah lekang dengan senyuman itu mengangguk.”Aku sihat. Kau? Aku tengok macam kau busy je akhir-akhir ni. Busy pun busy jugak tapi makan jangan lupa pulak.”nasihat Nurul Hanna kepada sahabatnya itu. “Aku busy sikit je..hmm…dah lama kita tak berbual bersama, kan? Terima kasih sekali lagi sebab tolong aku tadi, aku ingatkan boleh bertahan perut ni.” “Tak ape-ape, mana tahu lain kali aku pulak yang terkena..” Nurul Hanna tersengih. “Oh ya, aku minta diri dulu lah, aku ada kelas kejap lagi. Daniel dah tunggu aku tu.” Nurul Hanna menghalakan pandangannya ke arah kelibat seorang lelaki yang sedang memakirkan motornya dihadapan bangunan yang tidak jauh dari situ, pandangan Farah sedikit terlindung kerana Daniel membelakangi mereka. “Nak aku kirim salam kat Daniel ke?” tanya Nurul Hanna dengan senyum yang manis. “Hah?Eh, tak ape lah…” Farah tergamam dengan pertanyaan itu. Dengan serta merta menghulur tangan bersalaman seraya memberi salam. Moga Allah merahmati mu. Farah menguntum doa buat Nurul Hanna.

“Farah…!Jauh melamun?” Akma menepuk perlahan bahunya. Farah meraup mukanya, tidak mahu sahabatnya melihat apa yang berperang di dalam sanubarinya. Leka dengan ingatannya terhadap pertemuan antara Nurul Hanna dan dirinya secara tidak sengaja suatu waktu dulu. Singkatnya waktu, segalanya berlaku tanpa disedari dan wajah lembut membantunya tika itu adalah Nurul Hanna, sahabatnya yang pernah berkongsi masalah dulu, tapi kini…tidak lagi…terasa bersalah pada sahabatnya itu…air matanya menitis. “Tapi kelihatan sikap Nurul Hanna seperti ingin merapatkan hubungan aku dan Daniel…benarkah?”detik hati Farah. Namun, di hatinya berkeras mengatakan Hanna adalah milik Daniel. Mengapa tidak, sedangkan mereka memang rapat dan bersahabat baik. Dia tetap berasa bersalah menyimpan perasaan pada seseorang yang tidak sepatutnya dan kini perasaan itu pula berbalas. Tiba-tiba ingatan nya kembali pada apa yang disampaikan oleh Badrul. “Farah kenapa? Nak berkongsi dengan aku?” Akma tidak senang melihat Farah begitu, sejak pulang dari kelas Dr. Hamdan siang tadi Farah hanya diam tanpa bicara. “Aku perlu nyatakan perkara sebenar pada dia, aku tak mahu rasa bersalah terbukam dalam hati, aku takkan benarkan perasaan ni bermukim seperti sekarang…” Akma memahami kebuntuan sahabatnya itu, perasaan adalah milik Allah dan sebaik-baik perancang juga adalah Dia.

“Bagaikan terdengar bisikan rindu,
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiran mu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan…”

Lama keduanya mendiamkan diri, sebentar tadi, Farah lancar mengingati apa yang hendak dituturkannya…tetapi kini seperti batu besar yang menghalang segalanya terbit dari mulutnya. Daniel hanya memerhati lagak Farah yang sesekali melirik ke arah Akma di meja yang membelakangi mereka. Kepalanya ligat memikirkan apa yang hendak diperkatakan Farah, mungkin mengenai perasaan yang disampaikan melalui Badrul kepada wanita dihadapannya ini atau mungkin juga penolakan. Dia khuatir sendiri. “Maaf Daniel, sebenarnya aku…aku dah terima pesanan kau melalui Arul, bukannya aku tidak menyukai kau, cuma….aku…” Ya Allah, kenapalah susah sangat berkata ‘tidak’!! Daniel menunduk, dia dapat meneka apa yang mahu diperkatakan oleh Farah. “Tak apa lah, aku cuma minta ‘kebenaran’ kau, tak lebih dari itu…tapi kalau keputusan kau tu datangnya dari hati, aku terima dengan baik.” Hati Farah berdetak kencang, bukan itu yang sebenarnya lahir dari hatinya, dia menyukai Daniel….

“Macam mana Daniel? Kau dah jumpa dia?” Badrul cuba mencungkil tentang Farah, dia tahu sahabatnya itu ada berjumpa dengan Farah siang tadi. “Dia cakap, dia tak dapat nak terima aku…sebenarnya..dia tak cakap, tapi aku dapat agak..takpe lah Arul, aku tak harap sangat, lagipun mungkin ada baiknya., cuma aku yang tak sedar…” Badrul memandang sisi Daniel yang sedang menyandarkan tubuhnya ke besi katil, “Daniel…aku rasa Farah keliru tentang kau dengan Nurul Hanna, aku tak rasa ada yang sanggup terima kau kalau dia tahu kau dah ada hubungan dengan orang lain. Mungkin hati nya bersalah pada Hanna…” Daniel memandang tepat ke wajah Badrul, Farah rasa bersalah pada Hanna? Memang pada Nurul Hanna lah tempat dia meluahkan segalanya pasal Farah. Tapi Nurul Hanna hanya sahabat baiknya. Farah sepatutnya sedia maklum tentang dia dengan Nurul Hanna.

“Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan dimana terciptanya cinta
disitu rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

di antara dua kasih,
dimakamnya yang berbeza
mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara
lahir dari ketulusan jiwa
bersuluhkan iman
namun nafsu menodainya….”

Farah menyapa arus malam yang sepi, dia membiarkan segala ingatan dan perasaannya berlalu pergi seperti mana angin malam yang meniup lembut. Daniel, bertuahnya kerana memiliki Nurul Hanna, Farah tidak menyesal melepaskan perasaannya pada seseorang yang mampu memberi lebih dari yang mampu diberikannya kepada lelaki itu. “Dia akan bahagia..” Farah berbisik perlahan. “Perasaan yang suci lahir dari hati ini tidak akan ku padamkan, dengannya aku berasa bahagia sekalipun ianya telah berakhir.” Farah menutup tingkap biliknya seperti mana hati itu telah tertutup buat Daniel.

“Ke mana Hanna ni? Sudah dua jam aku tunggu..mana dia pergi ni?” rungut Daniel. Tiba-tiba datang Badrul dalam keadaan termengah-mengah. “Daniel, Hanna accident! Pendarahan teruk di otaknya..” semput di dada belum hilang, namun di sambung lagi, “Dia sekarang kat hospital. Jom kita pergi hospital.” Daniel yang terkejut mendengar berita itu menurut sahaja sahabatnya pergi ke hospital dengan motor. Daniel muram sepanjang perjalanan ke hospital. Nurul Hanna anak yatim piatu. Sejak kecil, dia tinggal bersama neneknya di kampung. Tiada saudara mara yang dapat di hubungi. Semua nya tinggal jauh dari situ. Hanya Daniel setia menanti Nurul Hanna di hospital. Betapa kasihnya Daniel pada sahabat baik nya itu.

Di tepi katil tempat Nurul Hanna terlantar, terdapat beg kepunyaan Nurul Hanna. Dicapainya Daniel beg itu. Dilihat isi dalamnya. Matanya terpandang buku berwarna merah yang tebal kepunyaan Nurul Hanna. Dibeleknya satu persatu. Namun tatapannya terhenti apabila dibacanya…

“Malam ini aku termenung keseorangan, entah mengapa malam ini aku sukar untuk pejamkan mataku…terngiang-ngiang suara gelak tawa dan guarauanmu yang membuat aku rasa tenang bila disampingmu…dapat aku rasakan seperti kau didepan mataku…ahh!!sukarnya memendam perasaan ini…ingin aku luahkan perasaan ini…namun aku tahu diri ku ini hanya sekadar sahabat mu sahaja…setiap masa aku merinduimu, entah kenapa dan mengapa lahirnya perasaan ini dalam diriku…Ya Allah,,tolong lah hambaMu ini..berilah aku petunjukMu, aku hanya insan yang lemah…”

Daniel merenung wajah lembut Nurul Hanna. “Kenapa Hanna? Kenapa kau pendamkan semua ini?” Daniel meraup mukanya, perasaan bersalah kian menghimpit diri….

Setelah dilakukan pembedahan, Nurul Hanna dinasihatkan oleh doktor untuk tinggal lagi dua hari di hospital. Daniel terpaksa kembali ke kolej untuk ke kuliah yang banyak ketinggalan. “Daniel, kau jangan lah bersedih lagi. Aku tahu kau risaukan Hanna. InsyaAllah Hanna akan sembuh. Doktor dah buat operation, nanti lagi 2,3 hari Hanna boleh balik la tu…Pelajaran kau pun dah banyak yang tertinggal. Ini nota yang aku salin masa kau tunggu Hanna kat hospital, kau ambil lah untuk cover balik study kau.” Badrul menghulurkan notanya kepada Daniel.
“Arul, Hanna menyimpan perasaan pada aku” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Daniel. Badrul terlopong mendengar apa yang diucapkan oleh Daniel itu. “Aku bersalah pada Hanna, Rul…selama ini aku ceritakan semua isi hati aku terhadap Farah pada Hanna. Namun di sebalik senyuman dan nasihatnya itu, tersimpan satu perasaan yang mendalam terhadap aku. Aku tak tahu la Arul, aku memang sayang kat Hanna, tapi hati ini masih ade sisa pada Farah…”terhenti di situ ayat yang ingin diluahkan oleh Daniel. “Daniel,aku nasihatkan kau sembahyang Istikharah. Hanya padaNya tempat kita meminta petunjuk.” Daniel tiba-tiba seperti tersedar dari mimpi apabila mendengar nasihat Badrul itu. Betapa lupanya dia pada Tuhan yang menciptanya. PadaNya sahajalah tempat untuk dia merujuk dan membuat keputusan yang terbaik.

“Ya Allah sesungguhnya aku meminta petunjuk
yang baik dariMu, dengan ilmuMu aku meminta
kekuatan dariMu dgn kekuatanMu. Aku meminta
dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka
sesungguhnya Engkau berkuasa aku tidak
berkuasa, Engkau mengetahui aku tidak
mengetahui,dan Engkaulah yg paling mengetahui
perkara-perkara yang ghaib.Ya Allah jika Engkau
mengetahui perkara ini baik untukku pada
agamaku duniaku dan kesudahan urusanku buat
masa kini dan masa akan datang maka
tentukannya untukku dan permudahkan nya
kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara
ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku
dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa
akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan
diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku
di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau
berkuasa di atas segala sesuatu.”

Dengan perlahan pintu bilik pesakit dibuka. Dilihat Nurul Hanna terlantar di atas katil beralaskan cadar putih. Ditariknya kerusi mendekati katil dan duduk menatap wajah sayu Nurul Hanna yang masih terpejam matanya. “Hanna, maafkan aku. Aku bersalah pada kau. Aku tahu, kau cuba untuk rapatkan aku dengan Daniel. Namun, kau lebih layak untuk memiliki hati Daniel. Segala-galanya diluahkan pada kau. Aku bukan sengaja nk jauhkan diri dari kau, cuma aku…aku turut menyimpan perasaan pada Daniel. Tapi aku dah tekad aku nak tengok kau bahagia. Aku dah tutup hati ini buat lelaki bernama Daniel. Semua yang aku pendam hanyalah khayalan..Daniel takkan menyesal dengan ada nya kau kerana kau lebih memahami dia..” tanpa disedari, seorang lelaki berada di pintu sedang mendengar luahan Farah. Dengan segera dia melangkah keluar tanpa disedari oleh Farah.

“Arul, cepatlah. Nanti Hanna tertunggu-tunggu kita kat hospital.” Badrul termengah-mengah menuju ke arah kereta yang disewa mereka semalam. Daniel yang beria-ia menyewa kereta itu untuk mengambil Nurul Hanna di hospital pagi itu.

“Kenapa lambat sangat ni? Lama aku tunggu..” rungut Nurul Hanna. “Ala, jangan la marah-marah sayang oi..” tiba-tiba muka Nurul Hanna menjadi merah apabila mendengar kata-kata Daniel. “Entah angin mana yang bertiup. Tiba-tiba panggil aku ’sayang’ pulak.”detik hati Nurul Hanna.

Hampir setahun lebih telah berlalu,,,hari yang ditunggu-tunggu…hari “KONVOKESYEN”…

Nurul Hanna membaca sms di skrin telefon bimbitnya. Dilihatnya nama Farah tertera di skrin. “Farah ingin jumpa aku?” sudah lama Nurul Hanna tidak mendengar berita tentang Farah. Mereka hanya terserempak dua kali sahaja sejak dia keluar dari hospital walaupun mereka belajar di fakulti yang sama. Apa yang bermain di fikirannya adalah Daniel. Kenapa Daniel sudah lama tidak bercerita dengannya tentang Farah. Sudah putus harapankah Daniel terhadap Farah? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Nurul Hanna.

Pada hari Konvokesyen, Nurul Hanna mencari-cari kelibat Daniel. Ingin diberitahunya kepada Daniel tentang Farah. Sebelum itu, dia telah berjumpa dengan Farah. Farah memperkenalkan tunangnya kepada Nurul Hanna. Mereka bakal diijab kabul dua minggu lagi. Nurul Hanna segera bergegas mencari Daniel. Namun, hampa…Tiba-tiba Badrul datang ke arah Nurul Hanna dengan sejambak bunga. “Arul, lawanya bunga ni…kau nak bagi awek ek?Eh, kau ada nampak Daniel tak? Dari tadi lagi aku tak jumpa dia.” tanya Nurul Hanna sambil matanya mencari-cari Daniel. “Ohh,,Daniel ade dengan keluarga dia kat depan dewan sana. Nah, bunga ni untuk kau.” Badrul menghulurkan bunga itu kepada Nurul Hanna. “Eh, mimpi apa kau bagi bunga kat aku? Nanti tak pasal-pasal pulak awek kau jealous kat aku pulak.” perli Nurul Hanna sambil ditilik nya bunga itu. “Ohh,,,sorry,,no budget la nak beli bunga kat kau. Baik aku beli untuk diri aku sendiri. Bunga tu Daniel yang bagi..” Badrul berlalu pergi meninggalkan Nurul Hanna dengan bunga itu. Di sebalik bunga itu terselit sepucuk surat;

Assalamualaikum, puteriku…

Maafkan Daniel…selama ini Daniel mengabaikan perasaan Hanna…Sebenarnya Hanna adalah penyeri hidup Daniel. Daniel buta selama ini, rupa-rupanya di depan mata Daniel ini adalah puteri yang benar-benar telah mencuri hati ini. Daniel minta maaf banyak-banyak kerana selama ini Daniel membebankan Hanna dengan perasaan Daniel yang tak tentu arah itu…sedangkan Hanna hanya memendam perasaan yang selama ini Daniel tak tahu…maafkan Daniel kerana membaca diari Hanna ketika Hanna terlantar di hospital…tapi dari situ baru Daniel sedar yang selama ini susah senang hanya Hanna yang berada di sisi Daniel…InsyaAllah dengan izin Allah, Daniel berjanji akan melindungi, mengasihi Hanna sehingga ke akhir hayat…

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I’ll be forever thankful baby
You’re the one who held me up
Never let me fall
You’re the one who saw me through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn’t speak
You were my eyes when I couldn’t see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn’t reach
You gave me faith ’cause you believed
I’m everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith; you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I’m grateful for each day you gave me
Maybe I don’t know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you…

Puteramu,
Daniel.

from tentangcinta.com

Blog at WordPress.com.